MOSCOW 6 Jun – Tuan rumah Piala Dunia 2018, Rusia yang kini menduduki ranking ke-66 dunia harus berasa cemas apabila masih gagal mencipta kemenangan dalam tujuh perlawanan persahabatan berturut-turut apabila diikat 1-1 oleh Turki dalam perlawanan persiapan mereka awal pagi ini. Menjelang sembilan hari sebelum bermulanya kejohanan terbesar di dunia itu, keputusan tersebut dianggap satu tamparan hebat buat skuad bimbingan Stanislav Cherchesov yang kali terakhir mencatat kemenangan adalah pada Oktober…










