Akaun yayasan TAFF yang diasaskan oleh Tunku Puan Pahang turut dibekukan - Utusan Malaysia

Akaun yayasan TAFF yang diasaskan oleh Tunku Puan Pahang turut dibekukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 30 Jun – Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kecewa apabila akaun bank Yayasan Kesuburan Tunku Azizah (TAFF) yang diasaskannya sejak 2004 dibekukan tanpa diberikan sebarang pemberitahuan dan sebab yang munasabah.

Memuatkan artikel berkaitan…
TUNKU AZIZAH
TUNKU AZIZAH

Tunku Azizah menerusi akaun twitter rasmi baginda, Cheminahsayang hari ini bertitah, pihaknya menyedari akaun HSBC yayasan berkenaan dibekukan selepas cek dikeluarkan dikembalikan.

Baginda kesal kerana tidak dimaklumkan pihak yang bertanggungjawab membekukan akaun itu dan disifatkan tidak adil sama sekali.

“Saya percaya kepada ketelusan dan akauntabiliti namun mengapa akaun yayasan berkenaan dibekukan tanpa sebarang pemakluman.

“TAFF bergantung sepenuhnya kepada penjualan buku masakan dan derma, kami tiada (sumber) kewangan pada masa ini dan tidak dapat menaja rawatan. Saya juga mengalu-alukan untuk menyemak akaun kami yang sudah diaudit,” titah baginda menerusi twitter yang dimuat naik kira-kira pukul 3.15 petang tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN