Akaun UMNO Terengganu tidak dibekukan  - Utusan Malaysia

Akaun UMNO Terengganu tidak dibekukan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS – Badan Perhubungan UMNO Terengganu mengesahkan akaun milik mereka masih lagi aktif dan tidak dibekukan seperti yang berlaku terhadap UMNO Pusat dan Selangor.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, setakat ini tiada sebarang panggilan diterima daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahupun pihak bank berkait isu pembekuan.

“Sepanjang saya menjadi pengerusi badan perhubungan, kita tidak ada terlibat dengan apa-apa selain sumber bantuan daripada UMNO Pusat.

“Kita tidak dihubungi oleh SPRM ataupun bank, masih seperti biasa sahaja. Sekiranya dipanggil kita akan beri kerjasama, tidak ada apa yang perlu ditakutkan kerana kita tidak bersalah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus Kali Ke-30 di Hotel TH di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan Pasukan Petugas Khas 1MDB telah membekukan sejumlah akaun milik individu dan beberapa organisasi termasuk UMNO serta parti-parti politik lain yang dipercayai terlibat dengan penyelewengan dana syarikat tersebut.

Turut dibekukan ialah akaun milik persatuan dan syarikat yang juga terlibat dalam siasatan kes itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN