TEMPOH selama enam tahun menjadi anak seni disifatkan pelakon Girlfriend Dari Neraka, Aiman Hakim Ridza, 29, sebagai sudah cukup untuk membuka matanya tentang tahap tinggi rendah dunia hiburan tanah air. Berdasarkan pemerhatiannya, banyak skrip drama ketika ini disifatkan teruk selain dilihat tidak memberi inspirasi kepada penonton. Sejujurnya, kata pelakon drama Isteri Separuh Masa itu, dia pernah menyuarakan perkara berkenaan, namun tidak boleh mengubah apa-apa. “Saya sudah berada dalam industri sejak…










