Ahmad Zahid, Zambry menang tanpa bertanding Ketua UMNO Bahagian - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid, Zambry menang tanpa bertanding Ketua UMNO Bahagian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kekal menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk selepas dia tidak dicabar pada pemilihan bahagian tersebut hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Jawatan tersebut telah disandang Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sejak 23 tahun lalu bermula 1995. 

Turut menang tanpa bertanding ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Khairuddin Tarmizi dan Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Seramai 474 perwakilan bahagian itu hari ini hanya mengundi untuk jawatan Ahli Jawatan Kuasa Bahagian, Wakil Bahagian ke Persidangan UMNO (G7) serta jawatan tertinggi parti peringkat pusat.

Sementara itu, Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir turut mengekalkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Lumut apabila menang tanpa bertanding pada pemilihan parti itu hari ini. 

Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, mempertahankan jawatan yang disandangnya itu sejak tahun 2004.

Dalam pada itu, jawatan Timbalan Ketua Bahagian menyaksikan tiga calon bertanding iaitu penyandangnya, Datuk Rashidi Ibrahim; Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Sitiawan Bandar, Muhathir Makhtar dan Bendahari UMNO Bahagian Lumut, Datuk Norzaman Man.

Jawatan Naib Ketua Bahagian pula ditandingi oleh empat individu iaitu penyandangnya, Datuk Azri Jaafar, Asmadi Teh (AJK UMNO Bahagian Lumut), Mohd. Shahril Yahya (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lumut) dan Datuk Azizah Johor (Ketua Wanita UMNO Bahagian Lumut). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN