Ahmad Zahid tidak akan tinggalkan UMNO - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid tidak akan tinggalkan UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Jun – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan terus kekal dalam UMNO meskipun sekiranya ditakdirkan tidak dipilih sebagai Presiden parti itu pada pemilihan yang berlangsung Sabtu depan.

Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden itu berkata, beliau juga akan membantu sesiapa sahaja yang bakal memimpin UMNO untuk memperkukuhkan parti keramat itu.

“Saya akan menyumbangkan idea saya, sekurang-kurangnya untuk perkukuhkan parti.

“Dan jika saya menang, seperti saya telah sebutkan, saya tidak akan tinggalkan seorang pun untuk sama-sama bantu saya perkukuhkan parti dengan agenda-agenda pembaharuan yang akan dibincangkan secara bersama,” kata beliau.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam sesi temubual bersama media bersempena pemilihan UMNO di Menara Dato Onn, di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang menawarkan diri bertanding jawatan Presiden berdepan dengan cabaran utama daripada tokoh veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN