Ahmad Zahid sedia terima cabaran - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid sedia terima cabaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Jun – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran beliau bersedia menerima sebarang cabaran daripada pemimpin-pemimpin UMNO bagi persaingan jawatan Presiden parti dalam pemilihan kali ini.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden itu berkata, perkara itu selaras dengan komitmen dizahirkan beliau serta Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa semua jawatan terbuka untuk dipertandingkan.

Beliau bagaimanapun menyatakan tidak tahu menahu sekiranya ada nama-nama lain yang telah menyatakan kesediaan untuk turut bertanding jawatan Presiden parti.

“Kita tidak tahu sebab belum tutup (penamaan calon), tutup pada 17 Jun, baru dibuka tiga hari.

“Saya dan Hishammuddin mempunyai pendirian bahawa semua jawatan dalam parti terbuka untuk dipertandingkan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Majlis Tertinggi UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN