KUALA NERUS – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman gagal mempertahankan jawatan Ketua UMNO Kuala Nerus pada pemilihan hari ini. Beliau yang juga bekas Menteri Besar tewas mengejut dengan penyandang Naib Ketua Bahagian Kuala Nerus, Apli Yusoff dengan majoriti 41 undi. Ahmad Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir memperoleh 424 undi manakala Apli pula dengan 465 undi. Bagi jawatan timbalan ketua…










