Ahli politik jangan bermewah secara terbuka - Utusan Malaysia

Ahli politik jangan bermewah secara terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, SAYA dan kebanyakan rakyat Malaysia tahu apabila seseorang menjadi wakil rakyat mahupun parti yang dianggotainya menang, akan menyusul beberapa ‘imbuhan’, upah, hadiah dan bermacam terma lain menggambarkan ‘kemewahan’ hidup baharu mereka sebagai ‘Yang Berhormat’.

Baru-baru ini seorang bekas wakil rakyat yang dahulu begitu lantang bersuara termasuk terhadap anggota partinya sendiri membeli dan bergambar dengan kereta mewah baharu sehingga tular dalam media sosial.

Walaupun beliau mahupun rakan-rakan politik lain memang mampu hasil ‘harta peninggalan ibu bapa’, janganlah terlalu bermewah apatah lagi secara terbuka di depan mata rakyat.

Tambahan pula ketika negara dikatakan ‘nazak’ dengan hutang yang besar sehingga perlu ada tabung khas untuk rakyat menderma, tiba-tiba tersebar gambar ahli politik bermewah.

Tidak salah mahu bermewah, beli kereta mahal, rumah banglo lebih besar daripada White House mahupun beli pulau peribadi, tetapi janganlah buat secara terbuka lebih-lebih lagi ketika rakyat ‘kepanasan’ hidup dalam serba kekurangan dan kos sara hidup yang tinggi.

Sekalipun ahli politik ini bukan lagi wakil rakyat, dia membuka sebuah syarikat yang mengambil derma daripada orang awam. Tidak manis kiranya ada pihak mengaitkan kemewahan hidupnya dengan hasil derma tersebut kerana akhirnya nama sendiri dan juga parti yang busuk.

 

MANAP

Kampung Pisang, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN