KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan bagi dua tabung unit Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2018 iaitu dana harga tetap Amanah Saham Didik (ASD) dan dana harga berubah ASN Equity 2. Agihan pendapatan bagi ASD ialah 6.25 sen seunit manakala ASN Equity 2 ialah 3.10 sen seunit. Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, ASD akan membayar sebanyak RM360.7 juta sebagai pengagihan pendapatan kepada lebih 290,000 pemegang unit yang kini memegang 5.845 bilion unit. Pengagihan pendapatan untuk ASN…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya