KOTA KINABALU – Seramai 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti Barisan Nasional (BN) dan Parti Solidariti Tanah Airku Sabah (Star) dijangka akan memboikot sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Khas yang berlangsung di Bangunan DUN di sini esok pagi. Sidang DUN Khas itu disifatkan sebagai tindakan tergesa-gesa Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal untuk mengekalkan kuasa dan menggagalkan prosiding mahkamah berhubung pelantikannya sebagai Ketua Menteri Sabah…