PATTANI 10 Jun – Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pattani, Aduldej Cheknae, yang parah ditembak penyerang tidak dikenali dua hari lepas, meninggal dunia awal pagi tadi. Perkara itu disahkan oleh Setiausaha majlis, Solahuddin Yusuf dengan berkata beliau meninggal dunia di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pattani pada kira-kira 2.45 pagi (waktu tempatan). Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Anak Bukit Lalo, di sini selepas solat jenazah di…










