Adrea tak risau tayang kesasaan tubuh suami - Utusan Malaysia

Adrea tak risau tayang kesasaan tubuh suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 30 Jun – Pelakon filem Blok 404, Adrea Abdullah, 41, yang baru sahaja dinikahi seorang jejaka muda, Zul Fadzli Selamat, 29, pada tanggal 9 Jun yang lalu tidak menganggap tindakan menayang kesasaan tubuh suaminya di laman sosial adalah satu kesalahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lima tahun bergelar ibu tunggal dan mempunyai seorang cahaya mata berusia 13 tahun hasil perkahwinan terdahulu, Adrea menegaskan bahawa hubungannya dengan Zul menjadi semakin akrab dek keterbukaan sikap masing-masing.

“Ya, tidak dinafikan memang ada segelintir individu berani menggatal dengan suami saya berdasarkan komen atau mesej yang ditinggalkan di laman sosial.

“Namun, selaku pasangan suami isteri, sama ada saya atau Zul tahu cara membataskan perhubungan di alam maya demi menjaga keutuhan rumah tangga yang kami bina.

“Meskipun usia perkahwinan tidak sampai sebulan, perkongsian hidup kami berdua di bawah satu bumbung mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang antara satu sama lain,” katanya kepada Utusan Online.

Bahkan, tujuannya sering memuat naik gambar Zul yang juga seorang model sambilan di media sosial miliknya bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, tetapi atas dasar kasih dan ingin menghargai usaha suaminya.

Menurut Adrea, pemuda berkenaan bukan sekadar menerima dirinya yang lebih berusia untuk dijadikan isteri, malah bertindak sebagai jurulatih peribadi, sekali gus menjadi sumber inspirasi dalam bidang kecergasan.

“Latar belakangnya sebagai seorang peragawan yang menitikberatkan soal penampilan banyak membantu saya menjaga ketrampilan diri supaya sentiasa nampak segar dan bertenaga.

“Pada masa yang sama, saya juga mahu mendorong dan memberinya semangat agar dia terus aktif di pentas peragaan.

“Sebab itulah saya ambil gambarnya tidak berbaju untuk melihat keberkesanan rejim senaman yang dilakukan.

“Rasanya tidak salah menampakkan kesasaan tubuhnya bagi menghargai kerja keras yang ditunjukkan. Itu sahaja niat saya,” jelasnya yang mengikat tali pertunangan dengan Zul pada 18 Ogos 2017. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN