SAUDARA PENGARANG, SAYA tidak faham kenapa Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo seolah-olah mempertahankan peguam kontroversi, Siti Kasim apabila temu bualnya dengan Bernama dibatalkan. Umum sedia maklum majoriti orang Melayu menolak cara liberal apatah lagi penampilan peguam kontroversi itu bukan atas kapasiti peribadi tetapi kerana kononnya mewakili Melayu dan Islam. ‘Kekebalan’ Siti di bawah kerajaan dahulu menjadi antara punca kemarahan orang Melayu dan Islam terhadap kerajaan Barisan Nasional dalam…









