Abdullah kekal Speaker DUN Kelantan - Utusan Malaysia

Abdullah kekal Speaker DUN Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Datuk Abdullah Ya’akub dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini bagi penggal kedua berturut-turut.

Pelantikan beliau dicadangkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan disokong oleh Timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada Majlis Angkat Sumpah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan yang berlangsung di Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Turut dicadangkan adalah ADUN Bukit Panau, Datuk Abdul Fattah Mahmood sebagai Timbalan Speaker DUN Kelantan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Abdullah bagaimanapun bukan seorang ADUN namun Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan membenarkan seorang ADUN tambahan dilantik bagi menjalankan tugas sebagai seorang Speaker DUN.

Selepas pelantikan Speaker dan Timbalannya, kesemua 45 ADUN kemudian mengangkat sumpah dan menandatangani watikah sumpah setia di hadapan Abdullah. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini