Abdul Aziz Sheikh Fadzir Pengerusi Kumpulan Utusan baharu - Utusan Malaysia

Abdul Aziz Sheikh Fadzir Pengerusi Kumpulan Utusan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Utusan Melayu (Malaysia) Bhd. (UMMB) melantik Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir sebagai Pengerusi Eksekutif berkuat kuasa serta-merta.

Menurut UMMB, pelantikan baharu itu dibuat selepas lebih dua minggu peletakan jawatan secara sukarela membabitkan empat pengarah termasuk bekas pengerusi, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, Jamalul Kiram Mohd Zakaria dan Mohd. Yusof Abu Othman.

“Abdul Aziz, 55, merupakan Pengerusi Eksekutif Kretam Holdings Bhd. dan Pengerusi Eksekutif Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn. Bhd. Ketika ini, beliau juga adalah lembaga pengarah Gold Bridge Engineering & Construction Bhd.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beliau sebelum ini adalah Pengerusi Eksekutif Destini Berhad mulai 2010 hingga 2015,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

Abdul Aziz adalah bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru dan merupakan lepasan Indiana University, Indiana, Amerika Syarikat (AS) dengan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.

Sebelum ini, peletakan jawatan empat pengarah tersebut dibuat selaras dengan pelan penstrukturan keseluruhan kumpulan selepas Pilihan Raya Umum ke-14. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini