KOTA BHARU 7 Jun – Pendedahan yang dibuat oleh Tokoh Wartawan Negara, Datuk A. Kadir Jasin di dalam blog peribadinya mengenai perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V disifatkan sebagai satu penghinaan. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, penghinaan ini tidak sepatutnya dilakukan kepada sesiapa pun lebih-lebih lagi kepada pemimpin negara. “Setiap orang mempunyai maruah dan kita tidak sepatutnya menghina antara satu sama lain. “Kalau ada…










