PADANG TERAP 19 Jun – Markas 6 Briged melalui Pasukan Rejimen Sempadan 4 (4 RS) merampas 95 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM8,850 dipercayai cuba diseludup ke Thailand dekat Pos Batu 34 di sini hari ini. Panglima 6 Briged, Brigedier Jeneral Abd Aziz Ismail berkata, bungkusan yang mengandungi daun ketum itu dijumpai pasukan yang diketuai oleh Sarjan Fred Wong bersama tiga anggota tentera ketika melakukan rondaan pada kira-kira pukul 12.45…










