ST PETERSBURG 27 Jun – Lionel Messi mengakui dia menempuh tempoh 90 minit paling menakutkan dalam kariernya sebelum Argentina menang 2-1 ke atas Nigeria setelah Marcus Rojo meledak gol kemenangan sewaktu permainan berbaki empat minit, sekali gus memastikan mereka mara ke pusingan kalah mati. Messi membuka tirai jaringan menerusi gol pertamanya dalam Piala Dunia tetapi Victor Moses menyamakan kedudukan dan Nigeria hampir mengaibkan Argentina dengan penyingkiran awal, namun jaringan Rojo…










