8 bilik gerakan PPDNKK pantau sifar GST - Utusan Malaysia

8 bilik gerakan PPDNKK pantau sifar GST

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 1 Jun – Sebanyak lapan bilik gerakan di seluruh negeri ini disediakan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri bagi memastikan pelaksanaan sifar cukai barang Dan perkhidmatan (GST) berjalan lancar.

Pengarahnya, Khairul Anwar Bachok berkata, bilik gerakan itu dibuka sebagai pusat penyelarasan dan aduan berkaitan pelaksanaan itu sekali gus menyarankan orang ramai untuk nmenyalurkan maklumat atau aduan ke situ.

“Pihak kami akan melakukan penyiasatan terhadap aduan akan dibuat kepada para peniaga yang tidak patuh terhadapan perubahan kadar cukai dari enam peratus kepada sifar peratus bermula 1 Jun ini.

“Saya juga menyarankan pengguna untuk memeriksa resit pembelian setiap kali membuat bayaran bagi memastikan tiada sebarang cas GST dikenakan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan pemeriksaan dan pemantauan sempena perubahan kadar sifar GST di pusat beli-belah Aeon Tebrau City di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Penolong Kanan Pengarah Kastam Bahagian GST Johor Bahru, Nadzir Omar.

Khairul Anwar berkata, berdasarkan daripada pemeriksaan terkini, rata-rata peniaga sudah pun mengemas kini sistem dan pertukaran kadar cukai terbabit, namun masalah yang sering dihadapi adalah proses pertukaran tag harga untuk barangan jualan.

“Bagi pemeriksaan harga memang kami dah rekod sejak 25 sehingga 31 Mei lalu dan daripada itu sebanyak 28,000 barangan telah disemak. Untuk pemerikasaan hari ini, kita tidak menemui sebarang tanda manipulasi dilakukan peniaga setakat ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN