50 anak yatim terima sumbangan Aidilfitri - Utusan Malaysia

50 anak yatim terima sumbangan Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEAUFORT 6 Jun – Sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang akan diraikan bagi 50 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Al-Aman daerah ini lebih bermakna selepas menerima sumbangan bantuan dan duit raya.

Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Isnin Aliasnih berkata, sumbangan itu diberikan dalam satu majlis berbuka puasa bagi meraikan mereka yang kurang bernasib baik.

“Program ini merupakan anjuran UMNO Bahagian Beaufort yang menjadi acara wajib tahunan untuk kita meraikan dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Disamping itu juga, kita mahu membangkitkan suasana kemeriahan Ramadan dan Syawal bersama-sama dengan anak-anak yatim,” katanya di sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd. Dun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini