BALING 14 Jun – Dua beranak antara empat maut dalam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Tiak, Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik, petang tadi. Mangsa yang maut ialah pemandu dan penumpang hadapan kereta jenis Toyota Vios iaitu Norazizee Kamarudin, 34, dan anaknya, Mohammad Ammar, 4, dari Kampung Seberang Ketil, Kupang di sini. Manakala dua lagi ialah penunggang motosikal, Fakhrul Razi Khalit ,17, dan pemboncengny, Muhammad Izahar Rosli,17, dari Felda Bersia, Gerik.…










