IPOH 23 Jun – Seramai 43 pelatih wanita daripada 344 perajurit muda berjaya menamatkan Latihan Perajurit Muda Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Siri 58/2018 di Akademi Tentera Udara Ipoh di sini hari ini.
Majlis Istiadat Perbarisan Tamat Latihan itu telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.
Pada majlis tersebut, Muhammad Luqman Mokhtar dinobatkan sebagai Perajurit Muda Udara Terbaik Keseluruhan dan menerima Piala Pusingan Panglima Tentera Udara.
Bagi anugerah Perajurit Muda Udara Akademik Terbaik diberikan kepada M. Lithya Rani manakala Abdul Rohim Azelan pula dinobatkan sebagai Perajurit Muda Udara Menembak Terbaik.
Kesemua perajurit muda yang terdiri daripada 301 pelatih lelaki dan 43 pelatih wanita itu menjalani latihan selama 24 minggu yang bermula sejak 1 Januari sehingga hari ini.-UTUSAN ONLINE










