KOTA KINABALU – Sebanyak 249 agensi polis bantuan telah diluluskan penubuhannya di seluruh negara meliputi sektor kerajaan, badan berkanun, swasta, syarikat berkaitan kerajaan dan universiti-universiti awam sehingga 12 Jun tahun ini. Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Seri Tajudin Md. Isa berkata, unit polis bantuan adalah tertakluk di bawah Perintah Tetap Ketua Polis Negara H602 yang mana mereka berkuasa menggunakan kuasa polis dalam menjalankan rondaan dan…










