15 individu ditahan terlibat judi bola sepak Piala Dunia - Utusan Malaysia

15 individu ditahan terlibat judi bola sepak Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 29 Jun – Polis menahan 15 individu disyaki terlibat dalam judi atau pertaruhan keputusan Bola Sepak Piala Dunia 2018 yang kini berlangsung di Russia dalam 11 serbuan menerusi Op Soga di negeri ini sejak 10 Jun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis negeri, Datuk Seri Rosli Ab. Rahman berkata, serbuan di beberapa lokasi dilakukan selepas pihaknya menjalankan risikan apabila mendapat maklumat tentang kegiatan tersebut.

“Sebanyak dua serbuan dilakukan Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK), empat serbuan oleh Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan IPD Lipis (2) manakala masing-masing satu serbuan oleh IPD Temerloh, Jerantut serta Bera.

“Kesemua suspek yang ditahan berusia dalam lingkungan 20 tahun hingga 50-an dan polis merampas wang tunai sebanyak RM14,141 dipercayai wang pertaruhan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Rosli, siasatan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana sindiket judi sebaliknya hanya membabitkan penganjur pertaruhan atau lebih dikenali sebagai ‘bookie’. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN