1,317 produk makanan bernilai lebih RM45,000 disita - Utusan Malaysia

1,317 produk makanan bernilai lebih RM45,000 disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Sebanyak 1,317 produk makanan bernilai RM45,587.50 disita dalam 62 operasi penguatkuasaan keselamatan makanan di bawah Akta Makanan 1983 yang dilaksanakan di premis jualan di sekitar negeri Melaka dari Januari lalu hingga semalam. 

Exco Kesihatan Negeri, Low Chee Leong berkata, daripada jumlah itu, 997 produk makanan bernilai RM5,541.32 disita dalam 32 operasi sempena Operasi Hari Raya Aidilfitri yang dilakukan di pasar raya, kedai runcit dan pasar mini di tiga daerah di negeri itu antara 1 Jun hingga semalam.

“Kami dapati kesalahan yang menyebabkan produk makanan yang dijual di pasaran tempatan ini disita kerana tin kemek, bocor, berkarat, pembungkus rosak atau pecah, makanan berkulat atau rosak, tiada lebel, telah tamat tempoh dan terdapat bendasing dalam produk makanan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi Operasi Aidilfitri, antara kesalahan yang tertinggi dikesan ialah pembungkus rosak atau pecah sebanyak 187 produk, pelabelan (53 produk), makanan berkulat atau rosak (44 produk) dan tamat tarikh luput (36 produk),” katanya kepada pemberita pada Operasi Hari Raya Aidilfitri 2018 di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Ghazali Othman. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini