DHAKA 12 Jun – Sekurang-kurangnya 12 orang termasuk etnik minoriti Rohingya terbunuh akibat bencana tanah runtuh dan hujan lebat yang melanda tenggara Bangladesh sejak tiga hari lalu. Kematian berlaku di daerah sempadan Cox’s Bazar dan Rangamati di mana ratusan ribu Rohingya berlindung selepas melarikan diri dari serangan ketenteraan kerajaan Myanmar. Satu daripada dua kematian etnik Rohingya di Cox’s Bazar adalah melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua setengah tahun mati apabila ditimpa dinding lumpur bersama ibunya hanya cedera. Satu lagi kematian melibatkan seorang lelaki dihempap sebatang pokok tumbang ketika hujan lebat.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya