10,000 siri nombor ‘Malaysia’ - Utusan Malaysia

10,000 siri nombor ‘Malaysia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Menjelang sambutan Hari Kebangsaan Ke-61 pada Ogos hadapan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkenalkan satu siri nombor pendaftaran istimewa ‘Malaysia’.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pengenalan nombor pendaftaran itu bertujuan memupuk semangat kecintaan kepada negara selaras dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu ‘Sayangi Malaysiaku’.

“Bersempena Hari Kebangsaan tahun ini, kerajaan melalui JPJ akan memperkenalkan nombor pendaftaran yang baharu dengan siri ‘Malaysia’. Tawaran bidaan untuk nombor pendaftaran itu melibatkan 10,000 siri bermula ‘Malaysia 1’ hingga ‘Malaysia 9999’.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keputusan ini telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada minggu lepas dan selaras dengan keputusan itu, tanda indeks baharu ini akan diperluas dan diperkenalkan dengan siri-siri di Selangor, Perak, Johor, Pulau Pinang dan lain-lain,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini