Sebagai salah satu hotel yang sentiasa tampil dengan hidangan terbaik tidak hairan ia menjadi tumpuan ramai untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Sempena Ramadan kali ini, hotel itu menyediakan lebih 100 jenis makanan Melayu dan antarabangsa di Restoran Asiatique yang menjanjikan suasana selesa. Antara yang memikat selera ialah kambing bakar, ikan bakar, rendang pucuk ubi, daging salai masak cili padi, barbeku, ayam tandoori, roti naan, nasi beriyani dan sup gearbox. Terdapat…










