10 terkorban pesawat terhempas di Kenya - Utusan Malaysia

10 terkorban pesawat terhempas di Kenya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAIROBI 7 Jun – Seramai 10 orang termasuk dua juruterbang pesawat FlySax yang dalam penerbangan ke bandar ini terkorban selepas terhempas di sebuah kawasan pergunungan hari ini.

Pesawat Cessna Caravan itu hilang hubungan dengan menara kawal beberapa minit sebelum dijadualkan mendarat di lapangan terbang antarabangsa Jomo Kenyatta dari Kitale, sebuah bandar perladangan di barat negara ini.

Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Paul Maringa berkata, pasukan mencari dan menyelamat berjaya mengesan bangkai pesawat itu di sebuah cerun hutan tebal di Aberdare Range bahagian tengah Kenya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut beliau, sebaik tiba di tempat kejadian pasukan berkenaan berjaya mengesan mangsa dan mengesahkan tiada mangsa yang selamat.

Kesemua keluarga penumpang dan kru pesawat telah dimaklumkan tentang kejadian itu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini