Zuraida beri perhatian kepada perumahan seimbang, hak minoriti - Utusan Malaysia

Zuraida beri perhatian kepada perumahan seimbang, hak minoriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ahli  Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, yang dilantik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata peluang perumahan yang seimbang untuk Bumiputera di  kawasan bandar besar adalah antara perkara yang perlu diberikan perhatian.

Selain itu, katanya, hak golongan minoriti, orang asal dan warganegara lain agar mereka juga meninkmati kediaman selesa akan turut diberi perhatian.

Zuraida merupakan antara 13 menteri dinamakan dalam barisan Kabinet Pakatan Harapan (PH) oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, hari ini. 

“Alhamdulillah saya menerima berita pelantikan sebagai menteri Kabinet yang diumumkan sebentar tadi dengan penuh rasa rendah diri dan bersyukur.

“Kini saya berpeluang untuk meneliti segala dasar dan pelaksanaan kementerian terbabit dengan lebih mendalam. Saya yakin banyak penambahbaikan dan cadangan dengan substantif dapat dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan.

Zuraida, 60, yang juga Ketua Wanita PH, melihat reformasi dalam perkhidmatan perbandaran yang selamat dan mesra gender, manakala pemberdayaan komuniti akan diberi penekanan utama selaras dengan kepesatan perubahan dalam negara. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×