PUTRAJAYA 16 Mei – Mendukung watak sebagai seorang peninju profesional, Zul Ariffin, 32, sekali lagi bakal menayangkan tubuh sasanya yang menjadi kegilaan ramai menerusi filem Sangkar arahan Kabir Bhatia. Menurut Zul, hampir separuh daripada keseluruhan jalan cerita akan menyaksikannya beraksi separuh bogel memandangkan banyak adegan perlawanan serta latih tubi dimuatkan. “Selain itu, saya juga diminta menyimpan jambang. Ikutkan, saya rimas berimej seperti ini tetapi demi kerja, saya turutkan sahaja,” katanya…









