Yayasan Kasih bantu warga emas sempena Ramadan - Utusan Malaysia

Yayasan Kasih bantu warga emas sempena Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mei – Sebagai usaha berkongsi ke­gembiraan dan meraikan golo­ngan warga emas sempena menyambut bulan Ramadan, Yayasan Kasih mengambil inisiatif mengadakan lawatan serta beramah mesra dengan penghuni Pusat Aktiviti Warga Emas Cheras Baru.

Sharifah Ameelia Akma Mohd. Ramly (kiri) menyampaian sumbangan telekung kepada Asidah Minin di Pusat Aktiviti Warga Emas Cheras Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pengasasnya, Sharifah Amee­lia Akma Mohd. Ramly berkata, program itu merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikatnya yang dijalankan setiap tahun.

Beliau berkata, pelbagai aktiviti sukarelawan bersama warga emas telah diadakan sepanjang hari pada 10 Mei lalu selain menghulurkan bantuan seperti dapur, makanan, kain telekung dan sebagainya.

“Seramai 30 sukarelawan yang menyertai program tersebut berasa sangat gembira ke- rana dapat membantu warga emas. Saya percaya, ia akan memberi pengalaman baharu kepada mereka.

“Biasanya program sebegini diadakan pada bulan Ra-madan namun pihak kami memberi kelainan.

“Kami mengharapkan kehadiran sukarelawan ini dapat membantu mereka untuk membuat persiapan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pusat Aktiviti Warga Emas berkenaan, Puan Sri Asidah Minin memberitahu, kunjungan daripada pelbagai pihak ke pusat tersebut sa­ngat dialu-alukan.

“Kami warga pusat ini sangat berterima kasih kepada sukarelawan Yayasan Kasih kerana sudi mengunjungi serta menghulurkan bantuan sempena bulan Ramadan.

“Diharap, program ini bukan kali terakhir diadakan dan perlu dijadikan contoh kepada pihak lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×