Wujudkan masyarakat sejahtera, bersatu - Utusan Malaysia

Wujudkan masyarakat sejahtera, bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG 22 Mei – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu semua pemimpin yang dipilih dan menerima amanah besar daripada rakyat menjalankan tugas mereka dengan sebaik-baiknya bagi terus memakmurkan negeri ini.

Titah baginda, tanpa mengira daripada parti mana yang mereka wakili, semua wakil rakyat perlu menyatupadukan rakyat bagi me­wujudkan masyarakat yang sejahtera.

“Wakil rakyat yang dipilih menerima amanah yang besar dan perlu membantu menyelesaikan masalah rakyat terutama golo­ngan yang kurang bernasib baik seperti anak yatim serta ibu tunggal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semua wakil rakyat di seluruh negeri ini perlu memainkan peranan mereka dengan baik manakala seluruh anggota masyarakat harus memberikan kerjasama dalam memakmurkan negeri yang tercinta ini,” titah baginda pada majlis berbuka puasa dan pengurniaan sumbangan kepada golongan memerlukan bantuan di Masjid Janda Baik di sini semalam.

Yang turut berkenan berangkat Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan hadir sama Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Syefura Othman.

Dalam pada itu, Tengku Abdullah bertitah, kedatangan Ramadan boleh menjadi pengikat yang me­nyatukan rakyat tanpa mengambil kira latar belakang keluarga, warna kulit atau ideologi politik.

“Masyarakat perlu mengelak­kan permusuhan dan sifat benci yang hanya menimbulkan per­telingkahan serta perpecahan ke­rana ia melemahkan kita,” titah baginda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN