Warna warni Ramadan di PICC - Utusan Malaysia

Warna warni Ramadan di PICC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMPENA Ramadan ini, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) tampil dengan tema `Warna warni Ramadan’ di restoran Pot & Pannya yang menyediakan pelbagai pilihan juadah untuk berbuka puasa.

Bagi memastikan cita rasa pelanggan di utamakan Pot&Pans mengerahkan kudrat 12 orang chef atau tukang masak yang mana hidangannya disajikan di 30 gerai dengan 300 jenis sajian masakan nusantara.

Selain selera nusantara, Pot&Pan di PICC turut menampilkan masakan timur tengah dan Thailand untuk dinikmati oleh pelanggan ketika berbuka.

picc ramadan
 

Yang istimewa dan bakal menjadi tumpuan sudah tentu kambing panggang golek yang pasti membuka selera.

Selain itu laksa Thai, ayam percik, nasi Arab khabsa dan mendy dan pilihan sajian dari cita rasa tempatan dan nusantara menanti untuk dijamah oleh para pelanggan.

picc ramadan
 

Menurut Chef Eksekutif Pot&Pan, Abdul Rahim Abu Bakar, ada antara menu yang akan di sediakan secara langsung dengan berkonsepkan gerai di bazar Ramadan.

PICC RAMADAN
 
PICC RAMADAN
Nasi Mendy kambing dan ayam antara menu di bufet ramadan, di Restoran Pot&Pan Putrajaya Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Bufet yang bermula dihidang dari pukul 6.30 petang hingga 10 malam itu disajikan pada harga RM98 untuk dewasa dan RM49 untuk kanak-kanak.

Kemudahan tempat letak kereta yang luas juga memudahkan pengguna untuk berbuka pusa di Pot&Pan di PICC, Tempat letak kereta adalah percuma. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×