TANAH MERAH 9 Mei – Sepasang suami isteri warga emas telah mencuri perhatian apabila mengenakan pakaian sedondon ketika mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Suria 1 di sini pagi tadi. Pasangan Nik Mustapha Nik Daud, 83, dan isterinya, Esah Idris, 78, masing-masing mengenakan baju kemeja dan baju kurung berwarna hitam putih. Mereka tiba di pusat mengundi seawal pukul 7.30 pagi untuk menunaikan tanggungjawab mengundi. Menurut Esah, dia dan suaminya bangun pada pukul 5 pagi lagi kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk mengundi yang hanya datang lima tahun sekali. “Jadi, hari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya