ALOR SETAR 25 Mei – Polis menahan seorang pekerja syarikat kawalan keselamatan selepas dipercayai melakukan pecah amanah melibatkan wang berjumlah lebih RM500,000 di Langkawi semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintenden Chan Teck Paing berkata, suspek wanita berusia 20-an itu ditahan di pejabat syarikat berkenaan kira-kira pukul 6 petang. “Wanita tersebut melakukan pecah amanah wang hasil yang dipungut daripada pelanggan syarikat kawalan keselamatan terbabit,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini. Beliau berkata, kes tersebut disiasat bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya