Wan Rosdy MB Pahang baharu - Utusan Malaysia

Wan Rosdy MB Pahang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN 15 Mei -Teki-teki mengenai siapa Menteri Besar terjawab apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengangkat sumpah jawatan dan menerima tauliah pelantikan jawatan itu hari ini.

Majlis Pengurniaan Surat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar dan Ahli Majlis Kerajaan Negeri itu berlangsung di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di sini.

Wan Rosdy merupakan ADUN Jelai sejak 2004 dan mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dalam pertembungan empat penjuru.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan watikah pelantikan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×