[VIDEO] Polis selongkar peti besi yang terkunci sejak 20 tahun di rumah Najib - Utusan Malaysia

[VIDEO] Polis selongkar peti besi yang terkunci sejak 20 tahun di rumah Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Sebuah peti besi yang terkunci sejak 20 tahun turut digeledah polis dalam siasatan di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, di sini hari ini.


Video oleh BASIR ABU BAKAR

Peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal berkata, sebuah peti besi yang didakwa tidak dibuka sejak dua dekad kerana kehilangan kunci turut di gerudi dan digeledah polis.

“Seluruh kawasan rumah Najib di geledah sejak pukul 10 malam semalam. Gerudi peti besi hanya bermula pukul 5 petang.

“Proses itu menyebabkan Najib dan keluarganya tidak lena tidur dan keadaan ini mengecewakan beliau,” katanya.

Harpal Singh berkata, polis tidak mengambil sebarang dokumen tetapi hanya membawa keluar beberapa kotak berisi pakaian dan beberapa barangan lain seperti tas tangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN