KUALA LUMPUR 17 Mei – Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Sabtu lalu. Kamarulzaman Abd. Rashid, 48, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhannya dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin. Dia didakwa melakukan perbuatan itu ke atas murid tadika tersebut kira-kira 7.30 petang, 12 Mei lalu di dalam sebuah van jenis Nissan Vanette berwarna…










