[VIDEO] Lori polis tiba di kondominium mewah milik Najib - Utusan Malaysia

[VIDEO] Lori polis tiba di kondominium mewah milik Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Sebuah lori polis tiba dipercayai untuk mengambil barangan siasatan dari rumah milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kondominium mewah Pavilion Residence, di sini malam ini.


Video oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI

Lori tersebut tiba kira-kira pukul 11.45 malam, namun mula beredar ke bahagian belakang kondomonium selepas itu.

Sebelum ini, pergerakan keluar polis dikesan sekitar pukul 10.45 malam dengan beberapa anggota yang dilihat memakai baju tertera perkataan Akta Pencegahan Pe­ngubahan Wang Haram dan Pen­cegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA).

Selain itu, turut dibawa polis keluar dari kondominium mewah itu ialah peralatan siasatan dipercayai mesin untuk mengira wang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN