KUALA LUMPUR 30 Mei – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan Pakatan Harapan melanjutkan notis pemberhentian kakitangan awam kontrak ke satu tempoh yang lebih munasabah. Kira-kira 17,000 kakitangan yang diberikan notis penamatan kontrak pada 16 Jun ini dilihat sebagai tempoh yang terlalu singkat. Ini termasuklah kakitangan daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Majlis Profesor Negara dan kakitangan lain yang terlibat. Presiden…











