[VIDEO] Dr. Mahathir terima kunjungan PM Singapura - Utusan Malaysia

[VIDEO] Dr. Mahathir terima kunjungan PM Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA19 Mei – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi perbincangan dua hala di sini hari ini.


Video oleh SOFIAN BAHAROM

Ini merupakan pertemuan pertama mereka selepas Dr. Mahathir kembali menerajui negara susulan kemenangan Pakatan Harapan pimpinannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka berbincang selama 30 minit mengenai hubungan dua negara,” kata catatan dalam akaun rasmi Dr. Mahathir, @chedetofficial.

Hsien Loong bersama delegasi­nya tiba di bangunan Yayasan Ke­pimpinan Perdana pada pukul 11 pagi dan disambut oleh Dr. Mahathir.

Yang turut hadir, isteri kedua-dua pemimpin iaitu Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali dan Ho Ching.

Hsien Loong merupakan pe­mimpin ASEAN kedua mengunjungi Dr. Mahathir selepas Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada Isnin lalu.

Dr. Mahathir, 93, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh selepas mengetuai gabungan pakatan mencatatkan kemenangan dalam PRU-14, sekali gus menjadi Perdana Menteri paling tua di dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN