[VIDEO] Caruman KWSP bantu suri rumah miliki simpanan, tabungan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Caruman KWSP bantu suri rumah miliki simpanan, tabungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mei- Potongan dua peratus daripada gaji suami untuk dicarumkan dalam Kumpulan Wang Simpana Pekerja (KWSP) akan membantu suri rumah memiliki simpanan dan tabungan pada masa hadapan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehubungan itun golongan suri rumah menyambut baik cadangan kerajaan untuk melaksanakan caruman KWSP tersebut dan meminta supaya ia dilaksanakan segera.

Tinjauan Utusan Online mendapati, suri rumah bersetuju dengan cadangan tersebut malah mahukan ia dibuat secepat mungkin iaitu selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Suri rumah, Nazirah Yaakob, 47, berkata, cadangan itu membolehkan golongan suri rumah sepertinya mampu mempunyai simpanan kewangan tambahan pada masa hadapan sekaligus membolehkan pelbagai urusan dibuat apabila tempoh keluaran wang simpanan terbabit matang.

“Saya bersetuju apabila kerajaan ingin melakukan perkara sedemikian, suri rumah juga bekerja untuk uruskan anak-anak dan rumah, bukan hanya duduk diam di rumah sahaja.

“Potongan itu tidaklah banyak tapi sedikit sebanyak dapat membantu kami apabila sudah tua nanti. Kita harap golongan suami setuju. Kalau dia tidak setuju susah juga,” ujarnya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memberitahu, kerajaan komited menunaikan janji memperkenalkan skim caruman KWSP untuk suri rumah yang merupakan antara 10 janji yang perlu dipenuhi dalam tempoh 100 hari kerajaan Pakatan Harapan.

Malah beliau akan bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) minggu hadapan berhubung pelaksanaan caruman KWSP kepada suri rumah.

Sementara itu, seorang lagi suri rumah, Rohaidah Hussein, 37, meminta kerajaan meningkatkan jumlah peratus yang boleh diambil daripada gaji suami pada masa akan datang.

Katanya, kadar dua peratus itu agak sedikit bagi suri rumah dan berharap kerajaan meningkatkan lagi dari semasa ke semasa.

“Syukur sangat kerajaan menyediakan cadangan seperti ini, bagaimanapun saya berharap jumlah berkenaan akan ditingkatkanlah,” katanya.

Sementara itu, kakitangan swasta, Zulkifli Zuhur, 48, berkata, dia tidak kisah sekiranya perkara itu dilaksanakan kerana peratusnya agak sedikit dan tidak menjejaskan gaji bulanannya.

“Dua peratus itu sudah memandai bagi saya, kalau banyak sangat susah pula sebab perbelanjaan harian lagi. Jadi kalau dilaksanakan tiada masalah bagi saya’ katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN