PUTRAJAYA 17 Mei – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mendapat penjelasan lanjut mengenai beberapa perkara penting daripada bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed. Menurut Abu Kassim, dalam pertemuan di Yayasan Kepimpinan Perdana itu, Dr. Mahathir ada bertanyakan beberapa soalan dan beliau selaku bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM memberi penjelasan kepada setiap pertanyaan Perdana Menteri itu. “Dr. Mahathir ada bertanyakan beberapa soalan yang dia…










