ALOR SETAR 22 Mei – Universiti Utara Malaysia (UUM) menerusi anak syarikatnya, EDC Hotels dan Resorts bakal menambah satu lagi cabang perniagaan pusat pengajian tinggi itu dengan memulakan operasi di restoran berputar, Menara Alor Setar pada Ogos depan selepas selesai proses pengambilalihan restoran tersebut. Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak (gambar) berkata, pengambilalihan itu adalah kerjasama strategik antara UUM dengan Telekom Malaysia (TM) dan pihak…










