SEREMBAN 23 Mei – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melancarkan projek Kampus Tanpa Tunai yang bertujuan memudahkan pelajar melakukan transaksi urusniaga di universiti itu tanpa menggunakan wang tunai. Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad berkata, projek itu merupakan salah satu inistiatif di bawah Projek Smart Kampus Digital dengan sasaran menjadi universiti awam sebagai kampus pintar atau kampus digital sepenuhnya menjelang Jun 2018. Katanya, konsep yang diperkenalkan universiti itu juga adalah seiring dengan revolusi pendidikan…










