FITRAH manusia adalah untuk mencari kebahagiaan, kemampuan dan keselesaan dalam kehidupan. Kemampuan dalam hidup takrifannya luas. Hidup sihat, boleh melaksanakan amal ibadah dengan tenang, mempunyai keluarga bahagia, memiliki rumah dan aset tertentu mungkin antara indikator biasa yang menjadi panduan dalam masyarakat kita. Dalam konteks ekonomi, kemampuan mungkin diukur daripada tahap mewah hinggalah cukup-cukup makan anak-anak dan isteri. Bagi meraih kemampuan dan kesenangan sebegini, sudah tentulah usaha dan kerja yang sebaiknya…











