UMNO tidak langgar Perlembagaan sendiri - Utusan Malaysia

UMNO tidak langgar Perlembagaan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mei – UMNO tidak berdepan masalah berkaitan pelanggaran Perlembagaannya kerana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pernah mengeluarkan surat membenarkan parti itu menangguhkan pemilihan jawatankuasa termasuk Majlis Tertingginya sehingga 19 April 2019

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, perkara itu dinyatakan oleh ROS menerusi surat bertarikh 31 Oktober 2017 yang dihantar kepadanya.

Jelas beliau, dalam surat itu, ROS bersetuju memberi lanjutan masa dengan merujuk Fasal 10.16 Perlembagaan Pertubuhan yang membenarkan penangguhan pemilihan peringkat Majlis Tertinggi tidak lebih 18 bulan daripada tarikh sepatutnya pemilihan diadakan iaitu 30 April 2018.

Memuatkan artikel berkaitan…

Saya ingin memaklumkan UMNO tidak berdepan dengan sebarang masalah berkaitan pemilihan seluruh jawatankuasa termasuk Majlis Tertinggi UMNO berdasarkan surat bertarikh 31 Oktober 2017,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Tengku Adnan berkata, Majlis Tertinggi UMNO telah menetapkan tarikh persidangan tahunan cawangan UMNO dan pergerakan sayap Wanita, Pemuda serta Puteri parti bermula hari ini sehingga 10 Jun 2018.

Tambahnya, mesyuarat parti peringkat bahagian pula ditetapkan pada hari Sabtu, 30 Jun 2018.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN