ISTANBUL – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam buat kali kedua dalam tempoh setengah tahun menganjurkan sidang kemuncak kumpulan pan-Islam utama dunia bagi menunjukkan solidariti terhadap Palestin dan mengutuk Israel yang menembak mati penunjuk perasaan di Gaza. Pembunuhan 60 rakyat Palestin oleh tentera Israel di sempadan Gaza menimbulkan tindakan balas dan kemarahan Erdogan yang mendakwa rejim Zionis itu melakukan penghapusan bangsa serta dikendalikan seperti sebuah negara aparteid. Komen beliau juga…










